Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Kawalan Padi dan Beras (Pindaan) 2022

Amends the Control of Padi and Rice Act 1994

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kawalan Padi dan Beras

(Pindaan) 2022.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan kepala Bahagian II

Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam kepala Bahagian II dengan memasukkan selepas perkataan “KETUA PENGARAH”

perkataan “DAN TIMBALAN KETUA PENGARAH”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS (PINDAAN) 2022

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Pindaan seksyen 3

Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Ketua Pengarah” perkataan “dan Timbalan Ketua

Pengarah”;

(b)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memotong perkataan “, melalui pemberitahuan dalam Warta,”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perkataan

“Ketua Pengarah” perkataan “dan seorang atau apa-apa bilangan pegawai awam menjadi

Timbalan Ketua Pengarah”; dan

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah” perkataan “dan Timbalan

Ketua Pengarah”.

s 4Seksyen baharu 28a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28

seksyen yang berikut:

“Pengkompaunan kesalahan 28a.  (1)  Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan yang menetapkan—

(a)

mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini sebagai suatu kesalahan boleh kompaun; dan

(b)

kaedah dan tatacara untuk mengkompaun kesalahan itu.

Kawalan Padi dan Beras (Pindaan)

(2)

Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis

Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh kompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan.

(4)

Jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran atau tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh

Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(5)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—

(a)

tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b)

apa-apa dokumen atau barang yang telah disita yang berkait dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh

Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

(6)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan

Persekutuan.”.