Seksyen 2
Pinang
of Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985
Bahagian sempadan di antara Negeri Kedah dan Negeri
Pulau Pinang yang di sepanjang Sungai Muda adalah diubah ke garis tengah di sepanjang alur Sungai Muda sebagaimana
Sungai itu mengalir sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, pengubahan kepada ke sempadan tersebut yang ditunjukkan dalam Pelan yang disimpan dikenal pasti dengan rujukan kepada
PeIan Warta No. PW 1000 hingga PW 1008 sebagai Pelan—
(a)
yang masing-masing diperakui oleh Pengarah Ukur,
Kedah/Perlis, dan Pengarah Ukur, Pulau Pinang, sebagai Pelan sempadan yang diluluskan dan yang betul sebagaimana diubah sedemikian dan kawasan sekelilingnya; dan
(b)
yang bertarikh dan disimpan dalam pejabat Pengarah
Ukur, Kedah/Perlis, dan Pengarah Ukur, Pulau Pinang.
(2)
Sekiranya berlaku apa-apa perubahan dalam peraliran
Sungai Muda yang disebabkan oleh proses hakisan dan enaptimbus yang semula jadi dan secara beransur-ansur, sempadan itu hendaklah mengikut peraliran Sungai yang berubah di sepanjang garis tengah alur Sungai itu.
Sebahagian daripada Pulau Pinang yang tidak termasuk dan kemasukan bahagian itu ke dalam Kedah