Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

10. Penggantian seksyen 13

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 13 dengan seksyen yang berikut:

s 13“Bila perintah perlindungan boleh diminta

(1)

Suatu perintah perlindungan boleh diminta—

(a)

dalam masa tujuh hari selepas mangsa dimaklumkan secara bertulis oleh pegawai polis di bawah perenggan 4(4)(b) bahawa prosiding jenayah yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga akan dimulakan terhadap orang yang terhadapnya perintah itu dibuat;

atau

(b)

pada mana-mana peringkat prosiding jenayah di bawah

Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang tertuduh itu dipertuduh dengan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga sama ada atau tidak suatu perintah perlindungan interim atau perintah perlindungan kecemasan telah diminta dan dikeluarkan terhadap tertuduh.

(2)

Suatu perintah perlindungan di bawah subseksyen (1)

boleh diminta khususnya—

(a)

sebagai suatu syarat untuk membebaskan tertuduh dengan jaminan; atau

(b)

apabila kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1)

dikompaun di bawah seksyen 260 Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593].”.

Report