Seksyen 44
Kuasa menangkap
of Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Kemaman) 2013
Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh menangkap tanpa waran seseorang yang melakukan di hadapannya atau yang dia percayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang
Kecil ini –
(a)
jika nama dan alamat orang itu tidak diketahui olehnya dan orang itu enggan memberi nama dan alamatnya; atau
(b)
jika ada sebab bagi meragukan yang nama dan alamat itu tepat.
(2)
Seseorang yang ditangkap di bawah undang-undang kecil ini hendaklah ditahan dan hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Majistret dalam tempoh dua puluh empat jam melainkan jika nama dan alamatnya dapat ditentukan terlebih dahulu daripada itu.
Penalti kerana menghalang