Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Act of Parliament

Extra-Territorial Offences Act 1976

Feedback & supportOffences committed outside Malaysia, at sea or on Malaysian aircraft

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan-Kesalahan di

Luar Negeri 1976.

(1)

(a)

Apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual, iaitu peruntukan yang berhubungan dengan mewujudkan, dan hukuman bagi, kesalahan; atau

(b)

apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang perlakuannya diperakui oleh Peguam Negara sebagai menyentuh keselamatan Persekutuan,

6

Undang-Undang Malaysia boleh, jika perbuatan atau kesalahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dilakukan—

(i)

di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara yang didaftarkan di Malaysia;

(ii)

oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin tetap di laut lepas dalam mana-mana kapal atau dalam mana-mana kapal udara;

(iii)

oleh seseorang warganegara atau seseorang pemastautin tetap di mana-mana tempat di luar kawasan Malaysia, dihukum sebagai suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan seolah-olah perbuatan atau kesalahan itu telah dilakukan di Malaysia.

(2)

Bagi maksud Akta ini, “pemastautin tetap” mempunyai erti yang diberikan oleh Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].

(3)

Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah meminda atau menambah Jadual.

Schedules