Amendment Act · As enacted
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015
Feedback & supportAmends the Security Offences (Special Measures) Act 2012Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) (Pindaan) 2015.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 5
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012
[Akta 747], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam perenggan 5(1)(b) dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “persons” dengan perkataan “person”.
s 3Pindaan seksyen 6
Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pegawai polis” perkataan “atau mana-mana orang lain”.
Undang-Undang Malaysia 4
s 4Pindaan seksyen 13
Subseksyen 13(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “[Akta 574]” perkataan “dan Akta Langkah-Langkah
Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770]”.
s 5Pindaan seksyen 14
Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Mahkamah hendaklah memberitahu pihak pendakwaan mengenai keputusannya untuk melindungi identiti saksi itu dalam masa tujuh hari dari siasatan itu.
Dalam masa tujuh hari dari keputusan itu, pihak pendakwaan boleh merayu terhadap penolakan oleh mahkamah untuk melindungi identiti saksi itu.”.
s 6Seksyen baru 18a dan 18b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 18
seksyen yang berikut:
“Pernyataan tertuduh 18a. Apa-apa pernyataan oleh seseorang tertuduh sama ada secara lisan atau bertulis kepada mana-mana orang pada bila-bila masa hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.
Komunikasi semasa perkahwinan 18b. (1) Seseorang yang sedang atau pernah berkahwin terpaksa menzahirkan apa-apa komunikasi yang dibuat kepadanya semasa perkahwinan itu oleh mana-mana orang yang masih atau pernah dikahwininya.
Orang sedemikian hendaklah dibenarkan untuk menzahirkan apa-apa komunikasi tersebut walaupun orang yang membuat komunikasi itu tidak memberi kebenaran.”.
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Pindaan)
s 7Penggantian seksyen 20
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 20 dengan seksyen yang berikut:
s 20“Dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh
Semua dokumen atau benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas suatu kesalahan keselamatan dan kandungan dokumen atau benda itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.”.
s 8Penggantian seksyen 22
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 22 dengan seksyen yang berikut:
s 22“Senarai dokumen dan benda
Mana-mana senarai dokumen dan benda yang disita atau walau bagaimana jua sekalipun diperoleh sama ada sebelum atau selepas seseorang telah dipertuduh atas kesalahan keselamatan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan di mahkamah untuk membuktikan kewujudan dokumen dan benda yang disita atau diperoleh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak dikemukakan di mahkamah oleh sebab sifat dokumen dan benda itu.”.
s 9Penggantian seksyen 24
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:
“Kebolehterimaan komunikasi yang dipintas dan maklumat pemonitoran, penjejakan atau pengawasan
Maklumat yang diperoleh melalui pemintasan komunikasi di bawah seksyen 6 hanya boleh diterima jika dikemukakan melalui suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan bahawa maklumat yang diperoleh sedemikian telah dibenarkan oleh Pendakwa Raya.
Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2) bersama-sama dengan apa-apa dokumen atau benda yang diekshibitkan atau dilampirkan kepada perakuan itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa pemintasan komunikasi itu telah dibenarkan sedemikian, dan perakuan itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa Raya.
Tiada seorang pun atau pegawai polis berada di bawah apa-apa kewajipan, obligasi atau liabiliti atau dengan apa-apa cara boleh dipaksa untuk menzahirkan dalam apa-apa prosiding mengenai tatacara, kaedah, cara atau jalan atau peranti yang digunakan berkenaan dengan—
apa-apa jua yang dilakukan di bawah seksyen 6; dan
apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemonitoran, penjejakan atau pengawasan mana-mana orang.
Maklumat yang diperoleh melalui komunikasi yang dipintas di bawah seksyen 6 boleh dalam bentuk naratif atau kata demi kata sama ada dalam bahasa asal atau sebagai terjemahan ke dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris.”.
s 10Pindaan Jadual Pertama
Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas butiran “Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 [Akta 670]” dan butir-butir yang berhubungan dengannya butiran yang berikut:
“Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar
Negara 2015 [Akta 770]”.