Seksyen 6
Seksyen baharu 74A
of Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2016
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 74 seksyen yang berikut:
"Kuasa Pertubuhan untuk menubuhkan atau mengambil alih syarikat
Quoted provision
Seksyen 74A
Pertubuhan boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, menubuhkan atau mengambil alih mana-mana syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan, mentadbir, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, usaha sama, program penswastaan, rancangan, perusahaan atau apa-apa perkara lain yang telah dirancang atau diusahakan oleh Pertubuhan bagi maksud Rancangan Keselamatan Sosial di bawah Akta ini.
(2)
Pertubuhan boleh memberikan arahan kepada syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) mengenai perkara yang berhubungan dengan pentadbiran, kewangan dan pengendalian syarikat itu yang selaras dengan peruntukan Akta ini, dan syarikat itu hendaklah melaksanakan arahan itu.".
Pindaan seksyen 75A