Skip to content

Seksyen 46

Seksyen 2 Akta Cukai Jualan 1972, yang disebut "Akta ibu" dalam Bab ini, adalah dipinda—

of Akta Kewangan 1983

ActIn forceProvision 46 of 85
Seksyen 46

(a)

dengan memasukkan selepas sahaja takrif "di-tetapkan" takrif-takrif baru yang berikut:

Akta 235. "gudang berlesen" ertinya suatu gudang atau lain-lain tempat yang dilesenkan di bawah seksyen 65 Akta Kastam 1967;

Akta 235. "gudang kastam" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah subseksyen (1) seksyen 2 Akta Kastam 1967;; dan

(b)

dengan memasukkan selepas sahaja takrif "Kastam" takrif-takrif baru yang berikut:

"kawalan eksais" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah subseksyen (2) seksyen 2 Akta Eksais 1976;

"kawalan kastam" hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah subseksyen (2) seksyen 2 Akta Kastam 1967;'.

} :