Seksyen 46
ActIn forceProvision 47 of 47
Seksyen 46
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2), Enakmen Duti Harta Pesaka 1941, Ordinan Duti Harta Pesaka bagi Sabah, Ordinan Duti Harta Pesaka bagi Sarawak, Akta Kewangan (Duti Harta Pesaka) 1965, Akta Kewangan (Duti Harta Pesaka) 1971, Akta Kewangan (Duti Harta Pesaka) 1979 dan Akta Kewangan (Duti Harta Pesaka) 1980 adalah dimansuhkan.
(2)
Pema'nsuhan undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1) tidak menjejaskan kuatkuasa undang-undang tersebut terhadap mana-mana orang yang mati sebelum mula berkuatkuasanya pemansuhan undang-undang tersebut seolah-olah pemansuhan itu telah tidak dibuat.