Seksyen 30
Seksyen 30
Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, yang disebut "Akta ibu" dalam Bab ini, adalah dipinda dalam subseksyen 15(1) dengan menggantikan perkataan "dua belas" dengan perkataan "enam".
Pindaan Jadual 2. 31. Jadual 2 kepada Akta ibu adalah dipinda dalam perenggan $ 3 4{\mathrm{A}} $—
(a)
dengan menggantikan noktah bertindih di hujung sub-subperenggan (2)(b) dengan noktah;
(b)
dengan memotong proviso kepada subperenggan (2); dan
(c)
dengan menggantikan subperenggan (3) dengan subperenggan yang berikut:
“(3) Bagi maksud perenggan ini, harga perolehan aset yang boleh dikenakan cukai hendaklah—
(a)
jika subperenggan (2)(a) terpakai, disifatkan sama dengan jumlah wang yang ditentukan mengikut formula—
$$
\frac {A}{B} x C,
$$
iaitu A ialah bilangan syer yang disifatkan sebagai aset yang boleh dikenakan cukai;
B ialah jumlah bilangan syer terbitan dalam syarikat yang relevan pada tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai; dan
C ialah nilai tertentu bagi harta tanah atau syer atau keduaduanya yang dipunyai oleh syarikat yang relevan pada tarikh pemerolehan aset yang boleh dikenakan cukai;
(b)
jika subperenggan (2)(b) terpakai, ditentukan mengikut perenggan 4 atau 9.".