Akta Kewangan 2005 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab II · Pindaan Kepada Akta Cukai Pendapatan 1967
31. Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 153
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan seksyen 153 Akta ibu, jika seseorang akauntan profesional telah dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk menjadi seorang juruaudit syarikat dan kebenaran itu diberi bagi suatu tempoh yang bermula sebelum permulaan kuat kuasa pindaan kepada seksyen itu di bawah seksyen 30 Akta ini, akauntan profesional itu hendaklah terus menjadi seorang agen cukai bagi maksud Akta ibu sehingga tamat tempoh itu.