Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bab V · Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990
Akta Kewangan 2007 · Updated to 1 Oct 2018 · Bab V · Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 3
seksyen yang berikut:
“Aktiviti perniagaan luar pesisir yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atas pemilihan 3a. (1) Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, sesuatu syarikat luar pesisir yang menjalankan suatu aktiviti perniagaan luar pesisir boleh membuat suatu pemilihan yang tidak boleh dibatalkan dalam borang yang ditetapkan bahawa apa-apa keuntungan syarikat luar pesisir itu bagi mana-mana tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran dan tempoh-tempoh asas yang berikutnya dikenakan cukai mengikut Akta Cukai
Pendapatan 1967 berkenaan dengan aktiviti perniagaan luar pesisir itu.
Pemilihan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah tiga bulan selepas permulaan tempoh asas bagi sesuatu tahun taksiran:
Dengan syarat bahawa bagi tempoh asas yang berakhir pada sesuatu hari dalam tahun taksiran 2008, pemilihan di bawah seksyen ini boleh dibuat dan dikemukakan sebelum 1 Ogos 2008.”.
Undang-Undang Malaysia 64
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta 719
Akta Kewangan 2011
Tahun taksiran 2008 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya
Kewangan 65
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 48
Akta 719
Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2008 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya 49
Akta 719
Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2008 dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya