Skip to content

Seksyen 25

Baki elaun dan kerugian larasan seseorang berkenaan dengan suatu kapal Malaysia

of Akta Kewangan 2012

ActIn forceProvision 29 of 40
Seksyen 25

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika baki elaun yang disebut dalam subseksyen itu adalah berkenaan dengan lebih daripada satu kapal

Malaysia, baki elaun itu hendaklah dibahagikan kepada setiap kapal itu mengikut formula yang berikut:

22 Undang-undang Malaysia AKTA 742

A x C

B iaitu

A ialah pendapatan kasar seseorang berkenaan dengan suatu kapal Malaysia bagi tahun taksiran 2011;

B ialah jumlah pendapatan kasar seseorang berkenaan dengan semua kapal Malaysia bagi tahun taksiran 2011; dan

C ialah baki elaun bagi tahun taksiran 2011

berkenaan dengan mana-mana kapal Malaysia yang disebut di bawah perenggan 54A(2)(a) Akta ibu sebelum pindaan kepada perenggan itu di bawah seksyen 11 Akta ini, dan amaun yang dibahagikan kepada setiap kapal itu hendaklah dibuat kepada orang itu dalam menentukan pendapatan statutori orang itu daripada punca yang terdiri daripada kapal yang sama bagi tahun taksiran 2012, dan jika dengan sebab ketidakcukupan atau ketiadaan pendapatan statutori orang itu daripada punca itu, kesan tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada mana-mana jumlah yang telah dibahagikan itu, maka sekian banyak daripada jumlah yang belum dibuat itu hendaklah dibuat dalam mendapatkan pendapatan statutori orang itu daripada punca itu bagi tahun taksiran 2013 dan seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehingga keseluruhan amaun jumlah yang dibahagikan itu dibuat sepenuhnya kepada orang itu.

(3)

Tertakluk pada subseksyen (4), baki kerugian larasan berkenaan dengan mana-mana kapal Malaysia bagi tahun taksiran 2011 yang disebut di bawah perenggan 54A(2)(b) Akta ibu sebelum pindaan kepada perenggan itu di bawah seksyen 11 Akta ini, hendaklah dipotong daripada pendapatan statutori seseorang yang dikecualikan bagi tahun taksiran 2012 daripada punca yang terdiri daripada kapal itu sahaja.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3), jika baki kerugian larasan yang disebut dalam subseksyen itu adalah berkenaan dengan lebih daripada

Kewangan 23

satu kapal Malaysia, baki kerugian larasan hendaklah dibahagikan kepada setiap kapal itu mengikut formula yang berikut:

A x C

B iaitu

A ialah pendapatan kasar seseorang berkenaan dengan suatu kapal Malaysia bagi tahun taksiran 2011;

B ialah jumlah pendapatan kasar seseorang berkenaan dengan semua kapal Malaysia bagi tahun taksiran 2011; dan

C ialah baki kerugian bagi tahun taksiran 2011

berkenaan dengan mana-mana kapal Malaysia yang disebut di bawah perenggan 54A(2)(b) Akta ibu sebelum pindaan kepada perenggan itu di bawah seksyen 11 Akta ini, dan jumlah yang dibahagikan kepada setiap kapal itu hendaklah dipotong daripada pendapatan statutori orang itu yang dikecualikan daripada punca yang terdiri daripada kapal yang sama bagi tahun taksiran 2012 dan jika dengan sebab ketidakcukupan atau ketiadaan pendapatan statutori itu, kesan tidak boleh diberikan atau tidak boleh diberikan sepenuhnya kepada mana-mana jumlah yang telah dibahagikan itu, maka sekian banyak daripada jumlah yang belum dipotong itu hendaklah dipotong daripada pendapatan statutori orang itu daripada punca itu yang dikecualikan bagi tahun taksiran 2013 dan seterusnya bagi tahun-tahun taksiran yang berikutnya sehingga keseluruhan amaun jumlah yang dibahagikan itu dipotong sepenuhnya.