Skip to content

Seksyen 34

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dipinda dalam seksyen 22A—

of Akta Kewangan 2012

ActIn forceProvision 38 of 40
Seksyen 34

(a)

dalam perenggan (1)(a), dengan memasukkan selepas perkataan “perkiraan pencukaian dua kali” perkataan “atau perkiraan pertukaran maklumat percukaian”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Bagi maksud subseksyen (1)—

“perkiraan pencukaian dua kali” ertinya suatu perkiraan antara Kerajaan Malaysia dengan mana-mana Kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia di bawah seksyen 132 Akta Cukai Pendapatan 1967;

“perkiraan pertukaran maklumat percukaian” ertinya suatu perkiraan antara Kerajaan Malaysia dengan mana-mana Kerajaan mana-mana wilayah di luar

Malaysia di bawah seksyen 132A Akta Cukai Pendapatan 1967.”.