Seksyen 32
Amaun lebihan baki 108
Jika amaun cukai yang dilepaskan, diremitkan atau dibayar balik di bawah seksyen 31 melebihi baki 108, atau baki 108
tersemak setakat 31 Disember 2013, Ketua Pengarah hendaklah menyerahkan kepada syarikat suatu rekuisisi bertulis dalam borang yang ditetapkan yang menghendaki syarikat itu untuk membayar suatu amaun yang bersamaan dengan lebihan itu dan amaun itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar oleh syarikat itu kepada Kerajaan dan hutang itu hendaklah menjadi kena dibayar dengan serta-merta kepada Ketua Pengarah apabila rekuisisi itu diserahkan.
(2)
Jika apa-apa lebihan yang genap masa dan kena dibayar oleh suatu syarikat tidak dibayar dalam tempoh tiga puluh hari selepas serahan rekuisisi yang disebut di bawah subseksyen (1), sekian banyak amaun lebihan yang belum berbayar hendaklah tanpa notis lanjut diserahkan, dinaikkan dengan suatu amaun yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada lebihan yang tidak dibayar, dan amaun yang tidak dibayar itu dan kenaikan ke atas amaun yang tidak dibayar itu hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan hutang itu hendaklah menjadi kena dibayar dengan serta-merta kepada Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia 28