Skip to content

Seksyen 162a

of Akta Kewangan 2017

ActIn forceProvision 62 of 64

Seksyen 162a

(1)

Cukai hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas semua barang yang dipindahkan dari suatu zon bebas ke suatu zon bebas yang lain melalui Malaysia atau dari suatu zon bebas ke Malaysia termasuk apa-apa barang di bawah perjanjian pajakan seolah-olah pemindahan itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia.

(2)

Melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya dalam suatu perintah di bawah seksyen 163, pembayaran cukai di bawah subseksyen (1) hendaklah digantung ke atas apa-apa barang yang dipindahkan dari suatu zon bebas melalui

Malaysia—

(a)

ke suatu zon bebas yang lain;

(b)

ke suatu kawasan ditetapkan; atau

(c)

ke suatu gudang di bawah seksyen 70.

Pembekalan barang atau perkhidmatan oleh orang kena cukai yang tempat perniagaan utamanya terletak di dalam zon bebas 162b.  Cukai hendaklah dikenakan oleh seorang orang kena cukai yang tempat perniagaan utamanya terletak di dalam suatu zon bebas ke atas apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia.”.

Pindaan seksyen 163