Akta Kewangan 2019 · Updated to 31 Dec 2019 · Bab VI · Pindaan Kepada Akta Cukai Jualan 2018
36. Bahagian baharu IXa
Feedback & supportAkta Cukai Jualan 2018 dipinda dengan memasukkan selepas
Bahagian IX bahagian yang berikut:
“Bahagian IXa
SKIM KHAS
Skim Pengeksport Utama Diluluskan 61a. (1) Tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, hendaklah ada suatu skim yang dikenali sebagai “Skim Pengeksport Utama
Diluluskan” yang membenarkan mana-mana orang yang layak untuk dikecualikan daripada pembayaran keseluruhan cukai
Kewangan 25
jualan yang boleh dikenakan dan dilevikan ke atas barang bercukai yang diimport, diangkut dari kawasan ditetapkan atau kawasan khas atau yang dibeli daripada seorang pengilang berdaftar dengan syarat—
barang bercukai itu hendaklah dieksport, atau diangkut ke kawasan ditetapkan atau kawasan khas; atau
barang bercukai itu digunakan sebagai bahan mentah, bahan bungkusan dan pembungkusan atau komponen untuk dikilangkan, yang kemudiannya hendaklah dieksport, atau diangkut ke kawasan ditetapkan atau kawasan khas sebagai barang yang dikecualikan daripada cukai jualan menurut suatu perintah yang dibuat di bawah Akta ini.
Mana-mana orang yang telah diberikan suatu kelulusan di bawah Skim Pengeksport Utama Diluluskan hendaklah merekodkan cukai yang dikecualikan ke atas pengimportan, pengangkutan atau pembelian barang bercukai itu mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Jika mana-mana orang yang telah diberikan suatu kelulusan di bawah Skim Pengeksport Utama Diluluskan tidak mematuhi apa-apa syarat yang ditetapkan, apa-apa cukai jualan yang telah dikecualikan hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar oleh orang itu dari tarikh ketidakpatuhan syarat itu dan cukai jualan itu hendaklah dibayar mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.”.