Seksyen 21
Seksyen 43 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Jika mana-mana orang selain orang kena cukai—
(a)
tidak mengemukakan suatu perisytiharan di bawah seksyen 42; atau
(b)
mengemukakan suatu perisytiharan yang ternyata pada Ketua Pengarah tidak lengkap atau tidak betul,
Ketua Pengarah boleh mentaksirkan mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai dan penalti di bawah subseksyen 42(4), jika ada, yang genap masa dan kena dibayar oleh orang itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis tentang taksiran itu.”;
(b)
dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “(1)” perkataan “, (1a)”; dan
(c)
dalam subseksyen (8), dengan memasukkan selepas perkataan “(1),” perkataan “(1a),”.
Kewangan (No. 2)
15
Pindaan seksyen 64