Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English

Bab VI · Pindaan Kepada Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990

81. Pindaan seksyen 3

Feedback & support

Seksyen 3 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini dan bagi maksud pengenaan Cukai Tokokan Domestik atau Cukai Tokokan Multinasional dan pelaksanaan

Kaedah GloBE, Bahagian XI Akta Cukai Pendapatan 1967 hendaklah juga terpakai bagi entiti Labuan yang ialah Entiti Konstituen yang merupakan anggota

Kumpulan Perusahaan Multinasional yang mempunyai hasil tahunan sebanyak tujuh ratus lima puluh juta euro atau lebih dalam Penyata Kewangan Disatukan

Entiti Induk Utama dalam sekurang-kurangnya dua daripada empat Tahun Kewangan berturut-turut sebaik sebelum Tahun Kewangan yang diuji.

(3)

Jika satu atau lebih Tahun Kewangan Kumpulan

Perusahaan Multinasional yang diambil kira bagi maksud subseksyen (2) adalah bagi satu tempoh selain dua belas bulan, bagi setiap Tahun Kewangan itu hasil tahunan sebanyak tujuh ratus lima puluh juta euro hendaklah dilaraskan mengikut kadar yang bersamaan dengan tempoh Tahun Kewangan yang berkenaan.

(4)

Bagi maksud subseksyen (2) dan (3), “Entiti

Induk Utama”, “Entiti Konstituen”, “Kaedah GloBE”,

“Kumpulan Perusahaan Multinasional”, “Penyata

Kewangan Disatukan” dan “Tahun Kewangan”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Report

Bahagian XI

Bahagian XI Akta Cukai Pendapatan 1967.”.

Bab VII

Pindaan Kepada Akta Duti Hiburan 1953

Bab VIII

Pindaan Kepada Akta Kastam 1967

Bab IX

Pindaan Kepada Akta Eksais 1976

Bab X

Pindaan Kepada Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983

Bab XI

Pindaan Kepada Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998

Bab XII

Pindaan Kepada Akta Cukai Pelancongan 2017

Bab XIII

Pindaan Kepada Akta Cukai Jualan 2018

Bab XIV

Pindaan Kepada Akta Cukai Perkhidmatan 2018

Bab XV

Pindaan Akta Levi Pelepasan 2019