Skip to content
In forceUpdated to 29 Dec 2023Read it in English

Bahagian XI · Bahagian XI Akta Cukai Pendapatan 1967.”.

83. Seksyen baharu 21b

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21a seksyen yang berikut:

“Kebolehterimaan rekod elektronik 21b.  (1)  Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain, jika dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini suatu rekod elektronik bagi mana-mana dokumen yang disimpan atau diterima oleh atau disampaikan kepada Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik, rekod elektronik atau salinan atau cetakan daripada rekod elektronik itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan atau terkandung dalamnya:

Dengan syarat bahawa rekod atau salinan atau cetakan itu—

(a)

diperakui oleh Ketua Pengarah sebagai mengandungi semua atau apa-apa maklumat yang dikemukakan, disimpan, disampaikan atau diterima melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik di bawah seksyen ini; atau

(b)

selainnya disahkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950 [Akta 56] bagi pengesahan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.

(2)

Jika rekod elektronik bagi mana-mana dokumen, atau suatu salinan atau cetakan rekod itu boleh diterima di bawah subseksyen (1), ia hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa rekod atau salinan atau cetakan itu mengeluarkan semula dengan tepat kandungan dokumen itu.

(3)

Bagi maksud Akta ini, “medium elektronik” termasuklah suatu data, teks, imej atau mana-mana maklumat lain yang disimpan, diterima atau disampaikan dengan cara elektronik, magnetik, optik, pengimejan atau mana-mana peranti pemprosesan data lain.”.

Kewangan (No. 2)

Report

Bab VII

Pindaan Kepada Akta Duti Hiburan 1953

Bab VIII

Pindaan Kepada Akta Kastam 1967

Bab IX

Pindaan Kepada Akta Eksais 1976

Bab X

Pindaan Kepada Akta Levi Kenderaan Barang-Barang 1983

Bab XI

Pindaan Kepada Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998

Bab XII

Pindaan Kepada Akta Cukai Pelancongan 2017

Bab XIII

Pindaan Kepada Akta Cukai Jualan 2018

Bab XIV

Pindaan Kepada Akta Cukai Perkhidmatan 2018

Bab XV

Pindaan Akta Levi Pelepasan 2019