Skip to content

Seksyen 18A

Kuasa Suruhanjaya mengarahkan mesyuarat agung dipanggil untuk pindaan undang-undang kecil

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 22 of 119
Seksyen 18A
(1)

Suruhanjaya boleh mengarahkan mana-mana koperasi memanggil suatu mesyuarat agung, dalam tempoh yang akan dinyatakan oleh Suruhanjaya yang tidak kurang daripada tiga bulan dari tarikh pemberitahuan yang diberikan oleh Suruhanjaya, bagi maksud meminda undang-undang kecilnya jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—

(a)

mana-mana undang-undang kecil sesuatu koperasi mempunyai tafsiran yang kabur atau yang meragukan dan berkemungkinan boleh mengelirukan atau ia bertentangan dengan atau tidak selaras dengan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya;

(b)

sesuatu pindaan perlu atau dikehendaki demi kepentingan koperasi itu; atau

(c)

apabila pemberitahuan dibuat oleh Lembaga sesuatu koperasi di bawah subseksyen 17A(3), bahawa undang-undang kecil sesuatu koperasi adalah tidak selaras dengan Akta ini.

(2)

Jika tiada mesyuarat agung dipanggil dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Suruhanjaya boleh meminda undang-undang kecil koperasi itu atas usulnya sendiri dan apa-apa pindaan yang dibuat hendaklah disifatkan sebagai pindaan berdaftar di bawah seksyen 18.