Skip to content

Seksyen 30

Undi anggota

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 35 of 119
Seksyen 30
(1)

Tiada anggota atau perwakilan anggota mana-mana koperasi boleh mempunyai lebih daripada satu undi dalam penjalanan hal ehwal koperasi itu, dan dalam hal kesamarataan undi pengerusi tidak boleh mempunyai undi pemutus.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), anggota suatu koperasi menengah atau atasan boleh mempunyai kuasa mengundi yang diperuntukkan oleh undang-undang kecil koperasi menengah atau atasan itu.

(3)

Tertakluk kepada seksyen 31 dan 36, tiada anggota boleh mengundi melalui seorang anggota lain dan tiada perwakilan boleh mengundi melalui perwakilan lain.