Seksyen 34A
Liabiliti anggota terhad oleh yuran atau syer
ActRepealedProvision 40 of 119
Seksyen 34A
(1)
Tertakluk kepada subseksyen (2), liabiliti seseorang anggota, anggota sekarang atau bekas anggota, sesuatu koperasi hendaklah setakat nilai nominal apa-apa syer yang dipegang, atau dilanggani, olehnya.
(2)
Jika dalam undang-undang kecil sesuatu koperasi amaun liabiliti seseorang anggota dinyatakan lebih besar daripada nilai nominal apa-apa syer yang dipegang atau dilanggani olehnya, maka liabiliti anggota itu hendaklah setakat amaun yang lebih besar itu.