Skip to content

Seksyen 40

Mesyuarat agung khas

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 46 of 119
Seksyen 40

(1)

Lembaga suatu koperasi boleh, dan hendaklah apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus orang anggota atau perwakilan koperasi itu, mengikut mana-mana yang kurang, memanggil mesyuarat agung khas.

(2)

Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh

Suruhanjaya boleh memanggil, pada bila-bila masa, suatu mesyuarat agung khas sesuatu koperasi mengikut cara dan pada masa dan di tempat yang diarahkan oleh Suruhanjaya, dan boleh menentukan perkara yang hendak dibincangkan oleh mesyuarat itu; dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada kaedah-kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil mengikut Akta ini atau undang-undang kecil koperasi itu.

Notis mesyuarat untuk Suruhanjaya