Skip to content

Seksyen 54A

Pelaburan dalam harta tak alih

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 65 of 119
Seksyen 54A
(1)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam peraturan-peraturan dan subseksyen (2), tiada koperasi boleh memperoleh, memegang atau melabur dalam apa-apa harta tak alih.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi sesuatu koperasi jika—

(a)

pemegangan suatu harta tak alih itu adalah bagi pelunasan suatu hutang seseorang anggota koperasi;

(b)

perniagaannya melibatkan pemerolehan, pelaburan dalam atau penjualan harta tak alih;

(c)

pemerolehan, pemegangan atau pelaburan suatu harta tak alih itu adalah perlu bagi maksud perjalanan perniagaannya; atau

(d)

koperasi itu memberi kemudahan perumahan atau kemudahan lain untuk pekerjanya yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan mereka.

(3)

Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal suatu koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit;

atau

(b)

dalam hal seorang pegawai koperasi, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.