Skip to content

Seksyen 58

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 69 of 119

Seksyen 58

(1)

Tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan disenggara apa-apa rekod perakaunan dan rekod lain yang akan dengan secukupnya menerangkan transaksi dan kedudukan kewangan koperasi itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan yang membolehkan disediakan, dari semasa ke semasa, akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira yang benar dan saksama serta apa-apa dokumen yang dikehendaki dikepilkan padanya dan hendaklah menyebabkan rekod itu disenggara mengikut cara yang akan membolehkannya diaudit dengan mudah dan sepatutnya.

(2)

Tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari daripada selesainya transaksi yang berhubungan dengan catatan itu.

(3)

Tiap-tiap koperasi hendaklah menyebabkan disediakan, dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya setiap tahun kewangan, akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira berserta dengan apa-apa dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud pengauditan.

(4)

Rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar koperasi itu atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga dan hendaklah terbuka pada setiap masa untuk diperiksa oleh Suruhanjaya dan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis.

(5)

Suruhanjaya boleh, dalam mana-mana kes tertentu, memerintahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain suatu koperasi, termasuklah rekod perakaunan dan rekod lain subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada,

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

dibuka untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang diluluskan yang bertindak bagi pihak mana-mana anggota atau pegawai koperasi itu, tetapi hanya apabila diberikan suatu aku janji secara bertulis kepada Suruhanjaya bahawa apa-apa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidak boleh didedahkan olehnya kecuali kepada anggota atau pegawai itu.

(6)

Mana-mana koperasi atau pegawai koperasi yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit dan boleh, sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.