Skip to content

Seksyen 72

Pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi kerana kurang keanggotaan

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 90 of 119
Seksyen 72
(1)

Suruhanjaya boleh, dengan perintah secara bertulis, membatalkan pendaftaran mana-mana koperasi, selain suatu koperasi yang antara anggotanya ialah satu atau lebih koperasi, jika pada bila-bila masa dibuktikan sehingga Suruhanjaya berpuas hati bahawa bilangan anggota koperasi yang mula-mula disebut itu telah berkurangan sehingga menjadi kurang daripada lima belas orang.

(2)

Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh perintah itu.