Seksyen 76
Suruhanjaya boleh, berkenaan dengan koperasi yang disebut dalam seksyen 74—
(a)
membatalkan atau mengubah apa-apa perintah yang dibuat oleh seseorang pelikuidasi dan membuat apa-apa jua perintah baru yang diperlukan;
(b)
memecat seseorang pelikuidasi daripada jawatan;
(c)
meminta segala buku, dokumen dan aset koperasi itu;
(d)
dengan perintah secara bertulis mengehadkan kuasa seseorang pelikuidasi di bawah seksyen 75;
(e)
menghendaki supaya akaun diberikan kepadanya oleh pelikuidasi;
(f)
mendapatkan pengauditan akaun pelikuidasi dan memberikan kuasa pembahagian aset koperasi itu; dan
(g)
membuat perintah bagi saraan pelikuidasi itu, dan saran itu hendaklah dimasukkan ke dalam kos pelikuidasian dan hendaklah kena dibayar daripada aset dengan diberikan keutamaan daripada segala tuntutan lain.