Skip to content

Seksyen 87

Pengecualian

of Akta Koperasi 1948

ActRepealedProvision 109 of 119
Seksyen 87
(1)

Menteri boleh, apabila berpuas hati bahawa adalah wajar untuk berbuat demikian demi kepentingan perkembangan koperasi pada amnya atau sesuatu koperasi tertentu atau sesuatu kelas, kategori atau perihalan koperasi tertentu, melalui perintah am atau khas, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya, mengecualikan mana-mana koperasi atau kelas, kategori atau perihalan koperasi, daripada mana-mana peruntukan Akta ini, atau mengarahkan bahawa peruntukan itu hendaklah terpakai bagi mana-mana koperasi atau kelas, kategori atau perihalan koperasi, berkuat kuasa dari apa-apa tarikh atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Apa-apa pengecualian yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.