Skip to content

Seksyen 4

of Akta Koperasi 1993

ActIn forceProvision 4 of 119

Seksyen 4

(1)

Suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang individu sahaja dan yang matlamatnya adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi asas.

(2)

Suatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi asas sahaja dan yang matlamatnya adalah untuk memudahkan penjalanan koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi menengah.

(3)

Suatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi menengah sahaja atau koperasi menengah dan asas dan yang matlamatnya adalah untuk memudahkan penjalanan koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah

Akta ini sebagai suatu koperasi atasan.

Syarat-syarat bagi pendaftaran