Skip to content

Seksyen 51

Pembiayaan Islam atau kemudahan kredit oleh koperasi

of Akta Koperasi 1993

ActIn forceProvision 60 of 119
Seksyen 51
(1)

Tiada koperasi boleh memberikan apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit kecuali kepada anggotanya, pekerjanya termasuk ketua pegawai eksekutif sebagaimana yang diperuntukkan dalam skim perkhidmatan mereka, subsidiarinya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 19(2), atau koperasi yang lain sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya, dan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit itu hendaklah tertakluk kepada arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dan undang-undang kecil koperasi itu.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi sesuatu koperasi yang dibenarkan untuk memberikan apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang diberikan—

(a)

dalam perjalanan urusannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang menentukan operasinya; atau 42 Undang-Undang Malaysia AKTA 502

.

(b)

mengikut undang-undang kecilnya.

(3)

Suruhanjaya boleh, melalui perintah, melarang atau menyekat pinjaman wang pada suatu gadaian atau gadai janji harta tak alih oleh mana-mana koperasi atau kelas, kategori atau perihalan sesuatu koperasi.