Seksyen 84
Seksyen 84
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 82,
Suruhanjaya, pada bila-bila masa dalam membuat keputusan di bawah Akta ini, atau Menteri pada bila-bila masa apabila suatu rayuan dikemukakan kepadanya terhadap apa-apa keputusan Suruhanjaya di bawah Akta ini, boleh merujukkan apa-apa persoalan undang-undang yang berbangkit daripada keputusan sedemikian bagi mendapatkan pendapat Mahkamah Tinggi.
(2)
Mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi, sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Hakim Negara, boleh menimbangkan dan memutuskan apa-apa persoalan undang-undang yang dirujukkan kepada Mahkamah Tinggi itu di bawah subseksyen (1), dan pendapat yang diberikan tentang persoalan itu adalah muktamad dan konklusif.