Skip to content

Seksyen 93

Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

of Akta Koperasi 1993

ActIn forceProvision 115 of 119
Seksyen 93
(1)

Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan atau perintah yang dibuat di bawah Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Suruhanjaya dalam apa-apa masa sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran itu apa-apa jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, yang boleh dikenakan kepada orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Apa-apa wang yang dibayar kepada Suruhanjaya menurut peruntukan subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan wang operasi Suruhanjaya.

(3)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang boleh diberikan oleh Suruhanjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.