Amendment Act · As enacted
Amendment Act · As enacted
Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)
1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2026
Rang Undang-Undang 2
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
17 April 2026
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
30 April 2026
Hakcipta Pencetak H
Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan)
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA KUALITI ALAM SEKELILING (PINDAAN) 2026
Suatu Akta untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
[
]
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kualiti Alam Sekeliling
(Pindaan) 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dipinda dalam seksyen 1 dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.”.