Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006
Kootu Funds (Validation) Act 1974
Feedback & supportValidates past dealings of companies' kootu funds for winding upOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Kutu
(Pengesahan) 1974.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“kumpulan wang kutu” mempunyai erti yang sama seperti yang diberi kepada ungkapan itu dalam Akta (Larangan) Kumpulan
Wang Kutu 1971 [Akta 28];
“syarikat” ertinya sesuatu syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah sesuatu perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut.
Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa semua kumpulan wang kutu yang telah berjalan pada atau sebelum 18 Februari 1971
dan telah dijalankan oleh suatu syarikat—
yang telah digulung mengikut perenggan 8(2)(b) Akta
(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971; atau
Undang-Undang Malaysia
AKTA 142 6
yang telah digulung mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965, walau apa pun undang-undang yang berlawanan, sah di sisi undang-undang dan boleh dikuatkuasakan.
Sebutan dalam seksyen ini mengenai penggulungan sesuatu syarikat termasuk, jika syarikat itu suatu syarikat asing, sebutan mengenai penggulungan hal ehwal syarikat asing itu setakat yang aset berkenaan syarikat asing itu yang terdapat dalam Malaysia berkenaan.
s 4Kuasa pelikuidasi
Bagi maksud menggulung sesuatu syarikat yang disebut dalam seksyen 3, pelikuidasi mempunyai kuasa—
untuk memungut semua wang yang kena dibayar daripada peserta pemungkir bagi sesuatu kumpulan wang kutu yang disebut dalam seksyen itu dan yang dijalankan oleh syarikat itu; dan
untuk membayar apa-apa wang yang kena dibayar kepada peserta sesuatu kumpulan wang kutu.
Kumpulan Wang Kutu (Pengesahan)
7
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
TIADA —
Undang-Undang Malaysia
AKTA 142 8
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA —