Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Teachers' Superannuation Fund (Sabah) (Dissolution) Act 1998

Repeals the law on teachers' superannuation

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Persaraan

Guru-Guru (Sabah) (Pembubaran) 1998.

(2)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Kerajaan” ertinya Kerajaan Persekutuan;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 584 6

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Ordinan;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

“orang yang layak” ertinya orang yang berhak mendapat elaun persaraan, ganjaran, pencen atau apa-apa faedah persaraan lain di bawah Ordinan;

“Ordinan” ertinya Ordinan Persaraan Guru-Guru 1963 (Sabah)

[Sabah Ord. 20 tahun 1963];

“pencen” ertinya elaun persaraan tahunan yang kena dibayar di bawah seksyen 7 Ordinan, dan termasuklah apa-apa ganjaran, pencen, atau faedah persaraan lain yang kena dibayar di bawah Ordinan;

“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1.

s 3Pemansuhan dan pembubaran

Ordinan dimansuhkan dan Lembaga dan Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.

s 4Perpindahan kuasa, hak, dsb

Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan ialah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan.

s 5Perpindahan harta

Semua harta tak alih dan aset yang sebaik sebelum tarikh ditetapkan terletak hak pada Kumpulan Wang atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletak hak pada Kerajaan.

s 6Perpindahan wang

Semua wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada, Kumpulan

Wang hendaklah, pada tarikh ditetapkan, berpindah kepada, dan terletak hak pada, Kerajaan.

Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah)

(Pembubaran)

s 7Kontrak sedia ada, dsb

Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta dan wang yang berpindah di bawah seksyen 5

dan 6 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan

Lembaga atau Kumpulan Wang, atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.

s 8Pegawai bertanggungjawab bagi pembayaran pencen

Bendahari Negeri Sabah hendaklah menjadi pegawai yang bertanggungjawab bagi melaksanakan pembayaran amaun yang diperuntukkan dalam seksyen 9.

(1)

Seseorang yang ialah, pada 15 Februari 1983, orang yang layak hendaklah dibayar amaun sebagaimana yang dicadangkan dalam laporan aktuari bertarikh 30 Ogos 1996 dan apa-apa penyemakannya selepas itu yang dibuat oleh aktuari dan empat puluh peratus tambahan pada amaun itu.

(2)

Amaun pukal yang kena dibayar di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibayar daripada wang yang disebut dalam seksyen 6

dan, jika wang itu tidak cukup bagi maksud itu, daripada harta dan aset yang disebut dalam seksyen 5.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “aktuari” ertinya aktuari yang dilantik oleh Lembaga di bawah Ordinan bagi maksud menentukan amaun yang hendak dibayar di bawah Akta ini.

(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang orang yang layak yang kepadanya apa-apa pembayaran boleh dibuat di bawah subseksyen 9(1) sudah

Undang-Undang Malaysia

AKTA 584 8

mati atau mati sebelum pembayaran dibuat, amaun yang masih belum dibayar itu boleh dibayar kepada orang-orang tanggungannya tanpa probet atau surat kuasa mentadbir.

(2)

Jika terdapat lebih daripada seorang orang tanggungan yang pembayaran boleh dibuat kepadanya di bawah subseksyen (1), pembayaran itu hendaklah dibuat dalam amaun yang sama banyak kepada orang tanggungan itu.

(3)

Jika tiada orang tanggungan, amaun yang kena dibayar di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi sebahagian daripada harta pusaka orang yang layak yang sudah mati.

(4)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“anak” berhubung dengan orang yang layak yang sudah mati ertinya—

(i)

anak di bawah umur dua puluh satu tahun orang yang layak itu dan termasuklah—

(A)

anak yang lahir selepas kematian orang yang layak itu, anak tiri tanggungan dan anak tak sah taraf orang yang layak itu;

dan

(B)

anak yang diambil sebagai anak angkat oleh orang yang layak itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubung dengan pengangkatan atau di bawah mana-mana adat atau kelaziman, dengan bukti yang memuaskan mengenai pengangkatan itu;

dan

(ii)

anak yang tidak kira apa jua umurnya yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur dua puluh satu tahun;

dan

(b)

“orang tanggungan” ertinya—

(i)

balu kepada orang yang layak yang sudah mati;

(ii)

duda kepada orang yang layak yang sudah mati;

Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah)

(Pembubaran)

(iii)

anak kepada orang yang layak yang sudah mati;

atau

(iv)

ibu kepada orang yang layak yang sudah mati atau jika ibunya sudah mati, bapa yang ditanggungnya.

s 11Pembayaran hendaklah menjadi pelepasan sepenuhnya

Jika pembayaran dibuat dengan suci hati di bawah seksyen 9

atau 10 dan mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini—

(a)

pembayaran itu hendaklah menjadi pelepasan sepenuh dan sepatutnya akan segala liabiliti Kerajaan di bawah

Ordinan dan Akta ini dan tiada orang yang layak berhak mendapat apa-apa pembayaran lanjutan selepas itu; dan

(b)

tiada tindakan, guaman atau prosiding yang mempersoalkan pembayaran itu atau bagi pembayaran apa-apa amaun lain boleh dibawa atau diadakan terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai atau pekhidmatnya.

(1)

Pemansuhan Ordinan tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Ordinan itu sebelum tarikh ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum tarikh ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana prosiding itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang atau badan itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

(3)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga atau mana-mana orang atau badan yang bertindak bagi pihaknya menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 584 10

sebagaimana rayuan itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-seolah Akta ini tidak pernah diluluskan.

(1)

Jika apa-apa kesukaran atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapuskan atau menghalang kesukaran atau anomali itu:

Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh ditetapkan.

(2)

Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

s 14Pemberhentian peraturan-peraturan

Semua peraturan yang dibuat di bawah seksyen 18 Ordinan hendaklah terhenti berkuat kuasa pada tarikh ditetapkan.

Kumpulan Wang Persaraan Guru-Guru (Sabah)

(Pembubaran)

11

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa meminda dari

TIADA –

Undang-Undang Malaysia

AKTA 584 12

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

TIADA –