Skip to content

Seksyen 6

of Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971

ActRepealedProvision 6 of 9

Seksyen 6

(1)

Walau apa pun peruntokan sekshen 13 (2) Ordinan Achara Kewangan, 1957—

(a)

wang yang merupakan hasil pendapatan daripada pinjaman yang di-dapatkan di-bawah peruntokan $ ^{2} $ Akta ini serta faedah yang kena di-bayar atas-nya, hendak-lah, tertaklok kapada perenggan (b), dibayar balek daripada Kumpulanwang itu; dan

KUMPULANWANG PINJAMAN PERUMAHAN

(b)

Menteri Kewangan boleh membenarkan di-bayar daripada Kumpulanwang Disatukan apa $ ^{2} $ bahagian daripada faedah mengikut sa-bagaimana yang di tentukan oleh-nya yang kena di-bayar dalam perenggan (a).

(2)

Jika wang yang ada dalam kredit Kumpulanwang itu tidak chukup untok membayar balek kesemua wang yang di-dapatkan itu atau sa-bahagian daripada-nya serta faedah yang kena di-bayar atas-nya, Menteri Kewangan hendak-lah memperuntokkan daripada Kumpulanwang Disatukan dan membayar balek wang yang belum di-bayar itu serta faedah atas-nya.