Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025

Feedback & supportAmends the Employees Provident Fund Act 1991

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Simpanan

Pekerja (Pindaan) 2025.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

s 2Pindaan Bahagian VIIa

Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 [Akta 452], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam kepala Bahagian VIIa dengan menggantikan perkataan

“AHLI KUMPULAN WANG” dengan perkataan “PEKERJA”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA

(PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

s 3Penggantian seksyen 70a

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 70a dengan seksyen yang berikut:

“Pemakaian 70a.  Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang bukan warganegara Malaysia:

(a)

yang negara domisilnya adalah di luar Malaysia; dan

(b)

yang masuk dan berada secara sementara di bawah kuasa mana-mana pas yang dikeluarkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen.”.

s 4Pindaan seksyen 70c

Seksyen 70c Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “seseorang ahli

Kumpulan Wang” sebelum perkataan “yang bukan warganegara Malaysia” dengan perkataan

“seseorang pekerja”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “ahli Kumpulan

Wang” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pekerja”;

(b)

dengan memotong subseksyen (2); dan

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan “pekerja”.

s 5Pindaan seksyen 70d

Seksyen 70d Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“Ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan “Pekerja”.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan)

s 6Pindaan seksyen 70e

Seksyen 70e Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “seksyen 29a,”

perkataan “43(8),”;

(b)

dengan memotong perkataan “55a (selain subseksyen (2)),”;

dan

(c)

dengan menggantikan perkataan “ahli Kumpulan Wang”

dengan perkataan “pekerja”.

s 7Pindaan seksyen 70f

Seksyen 70f Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “seseorang ahli

Kumpulan Wang” dengan perkataan “seseorang pekerja”;

dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “ahli itu” dengan perkataan

“pekerja itu”.

s 8Pindaan seksyen 70h

Seksyen 70h Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seseorang ahli Kumpulan Wang” dengan perkataan

“seseorang pekerja”.

s 9Pindaan Jadual Pertama

Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda dengan memotong perenggan (6) dan (7).

s 10Pindaan Jadual Ketiga

Jadual Ketiga kepada Akta ibu dipinda—

(a)

dengan memotong Bahagian B dan D; dan

Undang-Undang Malaysia 6

(b)

dengan memasukkan selepas Bahagian E bahagian yang berikut:

s 1“Bahagian F

Kadar caruman yang dinyatakan dalam Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang bukan warganegara Malaysia—

KADAR CARUMAN BERDASARKAN AMAUN

UPAH BAGI BULAN ITU

Oleh Majikan

Oleh Pekerja 2% daripada amaun upah bagi bulan itu 2% daripada amaun upah bagi bulan itu

s 2Section 2

Jumlah caruman yang termasuklah wang sen hendaklah digenapkan kepada ringgit yang berikutnya.

s 3Section 3

Lembaga boleh menetapkan apa-apa had amaun upah dan caruman bagi maksud menentukan apa-apa amaun caruman yang kena dibayar ke atas upah bagi bulan itu oleh setiap majikan bagi setiap pekerja.

s 4Section 4

Bagi maksud subseksyen 43(3), amaun caruman bagi bulan itu adalah terhad kepada apa-apa had jumlah caruman yang ditetapkan oleh Lembaga.”.

s 11Peralihan

Kadar caruman bulanan bagi pekerja yang bukan warganegara Malaysia dan memilih untuk mencarum pada atau selepas 1 Ogos 1998 sehingga tarikh Akta ini mula berkuat kuasa adalah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian F Jadual Ketiga.