Skip to content

Seksyen 6

Memainkan Lagu Kebangsaan pada peristiwa khas

of Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Disemak 2018)

ActIn forceProvision 6 of 10
Seksyen 6
(1)

Pada semua sambutan rasmi untuk orang kenamaan asing yang dalamnya penghormatan diberikan, versi penuh atau versi

Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara pelawat kenamaan itu dimainkan.

(2)

Pada semua peristiwa rasmi yang diatur oleh Perwakilan asing di Malaysia bagi merayakan Hari Kebangsaan Perwakilan asing itu atau peristiwa Kebangsaannya yang lain, versi penuh atau versi Diraja Lagu Kebangsaan hendaklah dimainkan sebaik selepas lagu kebangsaan negara Perwakilan asing itu dimainkan.