Akta Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian III · Pindaan Kepada Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976
8. Pindaan seksyen 13a
Feedback & supportSeksyen 13a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pengarah suatu penyata terpinda dalam borang yang ditetapkan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik mengikut seksyen 57a.”.