Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 · Updated to 4 Jun 2015
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Langkah-langkah khas di bawah Akta ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang—
membuat perjalanan ke Malaysia; atau
membuat perjalanan atau berniat untuk membuat perjalanan ke sesuatu negara asing atau ke mana-mana bahagian sesuatu negara asing dari atau menerusi Malaysia, untuk terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing.