Contents
Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pindaan) 2022 · As enacted
4. Pindaan seksyen 9
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Apa-apa pertikaian berkenaan dengan apa-apa ketidakupayaan mana-mana pihak atau pihak-pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraktual yang timbul daripada apa-apa kontrak yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan, dibuat atau diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk mengawal atau mencegah merebaknya COVID-19 bolehlah diselesaikan dengan cara pengantaraan.”.