Amendment Act · As enacted
Amendment Act · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19))
(Pindaan) 2021.
Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan
(Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 [Akta 830], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 3(1)
dengan menggantikan perkataan “enam puluh peratus” dengan perkataan “enam puluh lima peratus”.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA LANGKAH-LANGKAH SEMENTARA
BAGI PEMBIAYAAN KERAJAAN
(PENYAKIT KORONAVIRUS 2019 (COVID-19))
(PINDAAN) 2021
4
Undang-Undang Malaysia
Jadual kepada Akta ibu dipinda—
dalam butiran 1, dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan “18,300,000,000” dengan perkataan
“31,000,000,000”;
dalam butiran 2, dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan “25,200,000,000” dengan perkataan
“41,000,000,000”;
dalam butiran 3, dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan “4,000,000,000” dengan perkataan
“6,000,000,000”;
dalam butiran 6, dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan “2,400,000,000” dengan perkataan
“6,000,000,000”;
dalam butiran 7—
dalam ruang (1), dengan memotong perkataan
“di bawah Bank Simpanan Nasional dan TEKUN
Nasional”; dan
dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan
“1,000,000,000” dengan perkataan “2,000,000,000”;
dalam butiran 8, dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan “5,000,000,000” dengan perkataan
“9,000,000,000”;
dalam butiran 19, dalam ruang (2), dengan menggantikan perkataan “110,000,000” dengan perkataan “6,010,000,000”;
dan
dengan menggantikan perkataan “JUMLAH 65,000,000,000”
dengan perkataan “JUMLAH 110,000,000,000”.