Seksyen 10
Tanggungan jenayah
of Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971
Jika orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini ialah syarikat, tiap-tiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai lain syarikat yang berkaitan dengan pengurusan syarikat itu dalam Persekutuan atau yang berupa sebagai bertugas dalam mana-mana jawatan itu pegawai itu dan juga syarikat itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan terhadapnya dan dihukum dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan bagi orang itu jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dengan tiada persetujuannya atau dengan tidak dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah berusaha sebagaimana yang sepatutnya untuk mencegah kesalahan itu dengan mengambil kira jenis tugas dan kepada segala hal keadaan lain.
(2)
Bagi maksud seksyen ini “syarikat” termasuklah—
(i)
mana-mana pertubuhan perbadanan;
(ii)
firma atau persatuan orang perseorangan yang lain;
(iii)
seorang biasa dan orang perseorangan yang didaftarkan atau diberi lesen di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan pendaftaran atau pelesenan perniagaan.
(3)
Jika ejen atau perkhidmat kepada seseorang (orang yang kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai “prinsipal”)
melakukan atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu
(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 17
(yang jika dilakukan atau meninggalkan daripada dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini)
prinsipal itu hendaklah, walaupun dia tidak tahu tentang kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh dihukum bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa adalah menjadi suatu pembelaan bagi prinsipal jika dia membuktikan—
(a)
bahawa perbuatan atau peninggalan yang diadukan itu tidak termasuk dalam bidang pekerjaan ejen atau pekhidmat itu; dan
(b)
bahawa prinsipal tidak dengan selainnya atau kemudiannya mengesahkan perbuatan itu atau peninggalan itu.
(4)
Jika ejen atau pekhidmat kepada prinsipal itu melakukan atau meninggalkan daripada melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau meninggalkan daripada melakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), ejen atau pekhidmat itu adalah juga melakukan kesalahan itu.
(5)
Seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.