Amendment Act · As enacted
Akta Lembaga Hasil dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2012
Feedback & supportAmends the Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia (Pindaan) 2012.
Seksyen 3 disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 November 2011.
s 2Pindaan seksyen 6a
Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6a—
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a)
Lembaga hendaklah, selepas berunding dengan ketua pegawai eksekutif, melantik dua atau lebih timbalan ketua pegawai eksekutif.”;
undang-undang malaysia
akta lembaga hasil dalam negeri malaysia (pindaan) 2012
Undang-Undang Malaysia 4
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan
“ketua pegawai eksekutif” perkataan “dan timbalan ketua pegawai eksekutif”; dan
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Sekiranya ketua pegawai eksekutif buat sementara waktu tidak berdaya melaksanakan tugasnya disebabkan dia sakit atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang daripada timbalan ketua pegawai eksekutif untuk bertindak bagi menggantikan ketua pegawai eksekutif dalam tempoh ketidakdayaan itu.”.
s 3Seksyen baru 10b
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10a seksyen yang berikut:
“Fungsi tambahan Lembaga 10b. Lembaga boleh melaksanakan mana-mana fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, termasuklah pengurusan wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan untuk melaksanakan mana-mana program dan pembayaran wang itu kepada mana-mana orang.”.