Seksyen 14
Kecualian dan peralihan
of Akta Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Pindaan) 2017
Amendment ActIn forceProvision 14 of 14
Seksyen 14
(1)
Walau apa pun peruntukan Akta ini, anggota Lembaga dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik atau dipilih sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan sehingga pelantikannya dibatalkan atau sehingga tempoh pelantikannya tamat.
(2)
Mana-mana prosiding tatatertib yang dimulakan di bawah seksyen 16a hingga 16h Akta ibu yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan dan diuruskan seolah-olah seksyen 16a hingga 16h Akta ibu tidak dipinda oleh
Akta ini.