Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2017
Sections
16
Languages
MS · EN

Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1540 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.

Front matterCover and publication detailsOpen

Akta A1540

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (PINDAAN) 2017

Tarikh Perkenan Diraja ... 22 September 2017

Tarikh penyiaran dalam Warta ... 3 Oktober 2017

Hakcipta Pencetak H

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1540

AKTA LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (PINDAAN) 2017

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973. [ DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 2

Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 [Akta 104], yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan memotong perkataan "and" di hujung takrif "Lembaga"; dan

(b)

dengan memasukkan selepas takrif "Lembaga" takrif yang berikut:

‘“Menteri”ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;’.

Pindaan seksyen 5

Seksyen 5 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(c)

seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;

(d)

seorang wakil Perbendaharaan dari Kementerian Kewangan;

(e)

seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri;

(g)

empat orang yang, pada pendapat Menteri, sesuai dan dapat menyumbang dalam menjalankan fungsi dan peranan Lembaga; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan "subseksyen (3) dan (4)" dengan perkataan "subseksyen (3)";

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan ",3 dan 7" dengan perkataan "dan 3";

(e)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “(f)” dengan perkataan “(h)”.

Seksyen baharu 5A

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 5 seksyen yang berikut:

"Anggota silih ganti

(1)

Menteri boleh, berhubung dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan $ 5 ( 1 ) ( c ) $ , $ ( d ) $ atau $ ( e ) $ , melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Lembaga apabila anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa sebab.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), anggota silih ganti hendaklah dinamakan oleh anggota yang dilantik di bawah perenggan 5(1)(c), (d) atau (e), dengan kelulusan Menteri.

(3)

Seseorang anggota silih ganti yang menghadiri mesyuarat Lembaga hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai seorang anggota Lembaga.

(4)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Lembaga.".

Pindaan seksyen 12

Seksyen 12 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan "hendaklah menjadi ketua pegawai pengurus";

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Pengerusi hendaklah bertanggungjawab bagi menyelia dan mengawal pelaksanaan dasar dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga.”; dan

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Pengerusi boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana anggota Lembaga lain, mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak atau dipertanggungkan kepada Pengerusi di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.”.

Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1) Menteri hendaklah melantik seorang Pengurus Besar mengikut apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab bagi—

(b)

perancangan dan pelaksanaan apa-apa program, skim atau projek; dan

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan "Pengerusi" dengan perkataan "Menteri dan Lembaga";

(d)

dalam subseksyen (4), dengan memotong perkataan "Tertakluk kepada arahan Pengerusi,";

(e)

dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:

“(5) Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri atau Lembaga."; dan

(f)

dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:

“(7) Pengurus Besar boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak atau dipertanggungkan kepada Pengurus Besar di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengurus Besar dan pewakilan kuasa itu—

(a)

tidak menghalang Pengurus Besar daripada melaksanakan atau menjalankan, pada bila-bila masa, mana-mana kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan sedemikian; dan

Pindaan seksyen 14

Subseksyen 14(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan "Pengerusi" dengan perkataan "Lembaga".

Penggantian seksyen 16A

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 16A dengan seksyen yang berikut:

"Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

Quoted provision

Seksyen 16A

Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] hendaklah terpakai bagi Lembaga.".

Pemotongan seksyen 16B, 16C, 16D, 16E, 16F, 16G dan 16H

Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 16B, 16C, 16D, 16E, 16F, 16G dan 16H.

Penggantian seksyen 22

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 22 dengan seksyen yang berikut:

"Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan) 1980

Quoted provision

Seksyen 22

Akta Badan-Badan Berkanun (Akaun dan Laporan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga dan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.".

Seksyen baharu 28A

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 28 seksyen yang berikut:

"Kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa

Quoted provision

Seksyen 28A

(1)

Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa sebagaimana yang Lembaga fikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantu Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(2)

Jadual Ketiga hendaklah terpakai bagi tiap-tiap jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1)."

Seksyen baharu 32A

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32 seksyen yang berikut:

"Kuasa untuk meminda Jadual

Quoted provision

Seksyen 32A

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meminda mana-mana Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.".

Pindaan Jadual Pertama

Jadual Pertama kepada Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan 4(1), dengan menggantikan perkataan "sekali sebulan" dengan perkataan "sekali dalam tiap-tiap tiga bulan";

(b)

dengan memasukkan selepas subperenggan 4(2) subperenggan yang berikut:

“(2A) Tiap-tiap anggota Lembaga yang hadir berhak kepada satu undi."; dan

(c)

dalam subperenggan 6(3), dengan menggantikan perkataan "Pengerusi" di mana-mana jua terdapat dengan perkataan "Pengurus Besar".

Jadual baharu Ketiga

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kedua Jadual yang berikut:

"JADUAL KETIGA

[Subseksyen 28A(2)]

Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

Quoted provision

Seksyen 1

(1)

Pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang dikeluarkan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa dan memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(4)

Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga.

(5)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada Pengerusi Lembaga.

Quoted provision

Seksyen 2

Mesyuarat

(1)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa itu tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

(3)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subperenggan (2) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Quoted provision

Seksyen 3

Tatacara

Tertakluk kepada Akta ini, jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.".

Kecualian dan peralihan

(1)

Walau apa pun peruntukan Akta ini, anggota Lembaga dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik atau dipilih sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan sehingga pelantikannya dibatalkan atau sehingga tempoh pelantikannya tamat.

(2)

Mana-mana prosiding tatatertib yang dimulakan di bawah seksyen $ 1 6^{\mathrm{A}} $ hingga $ 1 6^{\mathrm{H}} $ Akta ibu yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan dan diuruskan seolah-olah seksyen $ 1 6^{\mathrm{A}} $ hingga $ 1 6^{\mathrm{H}} $ Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

Common questions

What is Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017?
Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1540 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Is Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 still in force?
Yes — Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 is currently in force.
When did Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 take effect?
Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 was first recorded in 2017.
How many sections does Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 have?
Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 contains 23 sections.
Where can I read the official version of Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017?
The official text of Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Pindaan) 2017 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.