Skip to content

Seksyen 8

Penerusan prosiding jenayah dan sivil

of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (Pembubaran) 1997

ActIn forceProvision 8 of 10
Seksyen 8

(1)

Pemansuhan Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka 1983 [Akta 285] tidak boleh menjejaskan liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh yang ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana

8 Undang-undang Malaysia AKTA 567

orang yang bertindak bagi pihaknya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah

Akta ini tidak pernah diluluskan.

(3)

Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh yang ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap

Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan

Penerusan undang-undang, dsb.