Skip to content

Seksyen 11

of Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024

ActIn forceProvision 11 of 12

Seksyen 11

(1)

Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu semua harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti Lembaga yang dinyatakan oleh

Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan atau Kerajaan

Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan, mengikut persetujuan bertulis Kerajaan dan Kerajaan Negeri Sarawak tanpa apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.

(2)

Tiap-tiap harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Kerajaan atau Kerajaan

Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan, mengikut persetujuan bertulis Kerajaan dan Kerajaan Negeri Sarawak, dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan dengan tempoh pemegangan yang serupa sebagaimana harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu terletak hak atau dipegang sebelum tarikh peletakhakan itu.

(3)

Mana-mana tanah yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Kerajaan Negeri Sarawak.

(4)

Tertakluk kepada seksyen 5, mana-mana harta dan aset selain tanah yang sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh peletakhakan, terletak hak pada Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 859

(5)

Dalam hal harta, hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Kerajaan atau Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh Kerajaan Negeri

Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan pada tarikh peletakhakan, Kerajaan atau Kerajaan Negeri Sarawak atau mana-mana entiti yang diberi kuasa atau dilantik oleh

Kerajaan Negeri Sarawak di bawah undang-undang bertulis yang berkaitan boleh membuat perjanjian atau perkiraan mengenai hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti itu dengan mana-mana orang lain.