Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023

Amends the Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pelesenan

Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan

Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987

[Akta 334], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “kenderaan perkhidmatan awam” takrif yang berikut:

‘ “kenderaan p-hailing” ertinya suatu kenderaan motor yang digunakan untuk membawa barangan dalam mana-mana perjalanan sebagai balasan bagi caj

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA LEMBAGA PELESENAN KENDERAAN

PERDAGANGAN (PINDAAN) 2023

Undang-Undang Malaysia 4

bagi setiap barangan itu, yang perkiraan, penempahan atau transaksi, dan caj bagi perjalanan itu dipermudah melalui suatu aplikasi elektronik mudah alih yang disediakan oleh suatu perniagaan pengantaraan;’; dan

(b)

dalam takrif “perniagaan pengantaraan”, dengan memasukkan selepas perkataan “kenderaan e-hailing”

perkataan “atau kenderaan p-hailing”.

s 3Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:

“(7)  Bagi maksud Akta ini, kenderaan p-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan barangan dan tertakluk kepada lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah

Bahagian IVa.”.

s 4Pindaan seksyen 21a

Subperenggan 21a(1)(b)(i) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “penumpang” perkataan “atau jumlah sukatan barangan”.

s 5Bahagian baharu IVb

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian IVa bahagian yang berikut:

“Bahagian IVb

PEREDARAN ANTARABANGSA KENDERAAN PERDAGANGAN

Permit, lesen, dsb., di bawah perjanjian antarabangsa 26h.  (1)  Bagi maksud melaksanakan mana-mana perjanjian antarabangsa berhubung dengan memudahkan peredaran antarabangsa bagi mana-mana kenderaan perdagangan, Menteri boleh membuat apa-apa kaedah-kaedah yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini.

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan)

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

mengiktiraf permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang dibawa sementara ke Malaysia oleh orang yang bermastautin di luar negara dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di Malaysia, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;

(b)

mengawal selia permit, lesen, pas, perakuan atau dokumen rasmi lain bagi mana-mana kenderaan perdagangan yang dibawa sementara ke luar negara oleh orang yang bermastautin di Malaysia dan bercadang untuk tinggal sementara sahaja di luar negara, termasuklah memuatkan dan memunggahkan barangan atau penumpang dan transit;

(c)

mengawal selia penggunaan, operasi dan kehendak teknikal bagi kenderaan perdagangan yang disebut dalam subperenggan (a) dan (b), termasuklah—

(i)

takat, jam, kekerapan dan laluan atau kawasan yang akan digunakan atau yang hendak diberikan perkhidmatan;

(ii)

jenis dan bentuk dokumen yang perlu dibawa dan maklumat yang akan dipamerkan di setiap kenderaan perdagangan; dan

(iii)

akaun, dokumen dan rekod berkaitan dengan seksyen ini untuk disimpan dan dikemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan; dan

(d)

menetapkan fi atau caj yang kena dibayar berkaitan dengan seksyen ini dan cara pembayarannya.”.

Undang-Undang Malaysia 6

s 6Pindaan seksyen 34

Subseksyen 34(2) Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan

“dan”;

(b)

dalam subperenggan (g)(v), dengan menggantikan noktah dengan perkataan “; dan”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:

“(h) bagi kenderaan p-hailing.”.

s 7Peralihan

Mana-mana orang yang mengendalikan atau mengadakan apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan perniagaan pengantaraan berkenaan dengan perkhidmatan kenderaan barangan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah membuat permohonan bagi suatu lesen mengikut Bahagian IVa Akta ibu dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.